Sunday, August 16, 2009

MESYUARAT UMNO BAHAGIAN PANDAN 5 OGOS 2009


Mesyuarat UMNO Bahagian Pandan 2009 telah berlangsung dengan jayanya di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor pada malam 5 Ogos 2009. Mesyuarat yang diatur secara sederhana itu dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' (Dr) Noh b. Hj. Omar merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Mesyuarat pada kali ini agak berbeza di mana Pemangku Ketua Bahagian mempengerusikan mesyuarat kerana Ketua UMNO Bahagian Pandan telah digantung tugas kerana sedang menghadapi pendakwaan kes rasuah di mahkamah. Manakala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan juga tidak kelihatan kerana jawatan yang dimenanginya pada tahun lepas dikira tidak sah kerana pada waktu pertandingan, beliau masih berstatus bangkrap. [sepatutnya Saudara Zahar membuat pemeriksaan dengan pihak Jabatan Insolvensi atas status pihak lawan]

Pertandingan G7 menjadi sengit dengan lebih kurang 32 orang calon menawarkan diri untuk bertanding. Pemilihan yang dilakukan secara angkat tangan itu (setelah undian dibuat) menyaksikan muka2 baru dan lama termasuk Tuan Haji Abdullah Ahmad, Ketua UMNO Cawangan Taman Cahaya yang mendapat undian tertinggi. Mantan Ketua Bahagian , Dato' MAd Aris mendapat undi terendah antara 7 orang yang terpilih.

Tahniah kepada yang menang. Terima kasih kepada Exco-Exco yang menjayakan mesyuarat dengan teratur.

Komen Perwakilan: Sikap berpuak-puak masih jelas di kalangan ahli-ahli UMNO Bahagian Pandan. Harap sesuatu dapat dilakukan untuk memulihkannya.

No comments:

Post a Comment