Thursday, February 18, 2010

MAJLIS PERMUAFAKATAN UMNO PANDAN

Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor, 11 February 2010 @ 8.00PM:

Majlis Permuafakatan UMNO Bahagian Pandan, Selangor telah berlangsung seperti di atas di bawah pimpinan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato' Seri Hj. Noh Omar bersama-sama dengan Ketua UMNO Bahagian (digantung), Saudara Abd. Ghani Ismail, Timbalan Ketua Bahagian, Mejar (B) Izham, Mantan Ketua Bahagian, Dato' Mad Aris, mantan2 pemimpin UMNO Bahagian; Saudara Jamaludin Ropa dan pemimpin2 NGO yang terdapat di sekitar Pandan.

Persidangan di antara pemimpin2 di atas mengambil masa yang agak lama sehingga pukul 11 malam. Sebagai penyelaras UMNO Bahagian Pandan, Dato' Seri Hj. Noh tentulah inginkan yang terbaik untuk UMNO Bahagian Pandan.

Keputusan yang diambil oleh Dato' Seri amatlah tepat dengan meletakkan Saudara Abdul Ghani Ismail sebagai Penyelaras DUN PANDAN menggantikan Mejar Izham yang meletak jawatan.

Penerangan yang lebih jelas juga diberikan kepada oleh Dato' Seri kepada ahli-ahli bahagian yang hadir mengenai kedudukan Ketua Bahagian Pandan dan juga Timbalan Ketua Bahagian Pandan.

Kerusi Ketua Bahagian Pandan masih ada walaupun beliau digantung dari jawatan. Oleh itu, Timbalan Ketua Bahagian tidak boleh memangku jawatan beliau dan haya boleh menjalankan tugas-tugas pentadbiran sahaja tanpa boleh membuat sebarang keputusan eksekutif sebagai Ketua Bahagian.

Sebarang keputusan hendaklah dibincang dengan Ketua Bahagian dan dirujuk dengan Penyelaras UMNO Bahagian iaitu Dato' Seri Hj. Noh Omar. Mesyuarat Bahagian hendaklah dipengerusikan oleh Penyelaras Bahagian. Jika ketiadaan Penyelaras...barulah Timbalan Ketua Bahagian boleh mempengerusikan mesyuarat.

Sebagai seorang peguam terlatih dan professional, Dato Seri Hj. Noh Omar telah menjalankan tanggungjawabnya dengan cukup baik dan penuh dedikasi.

Diharapkan warga UMNO PANDAN terus bersatu demi kemenangan jitu pada pilihanraya akan datang. Kalau masing-masing asyik bertelagah...takut-takut yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.