Secara peribadi saya TIDAK BERSETUJU dengan langkah kerajaan untuk menghentikan pengajaran dan pembelajaran SAINS dan MATEMATIK dalam bahasa Inggeris.
Saya adalah produk KBSR (1984-1988) dan KBSM (1989-1993) yang pertama yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran.
Secara purata, ramai pelajar Melayu tidak dapat menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris pada waktu itu dan lemah dalam subjek matematik dan sains. Jika faktor bahasa menjadi puncanya, kenapa baru sekarang dipertikaikan? Kenapa pada waktu dahulu, tiada analisa statistik yang dilakukan atas faktor kegagalan ramai pelajar luar bandar dalam sains dan matematik walaupun diajar dalam Bahasa Melayu.
Kenapa baru sekarang dikatakan punca kegagalan mereka atas faktor bahasa inggeris? Ini tidak adil ....tanpa menelusuri asas-asas kegagalan pelajar ini secara mendalam dan jitu.
Janganlah isu pelajaran ini diperkotak-katikkan dalam memenuhi tuntutan politik tanpa mengambilkira kepentingan bangsa, negara dalam mencapai cita-cita sebagai negara maju dalam masa akan datang.
Kalau PPSMI itu terdapat kelemahan, baikilah kelemahan itu. Para pelajar sekarang ini mahupun yang berada di peringkat rendah dan menengah akan melalui peringkat pelajaran yang bercelaru. Sekejap Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekejap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Harus diingat, mereka ini adalah bakal pewaris bangsa Malaysia dan bakal menjadi pengundi satu ketika nanti.
Apa-apa keputusan yang kerajaan buat pada hari ini, setiap golongan rakyat pasti akan menoleh kebelakang melihat sejarah bagaimana sesuatu keputusan itu dibuat hatta ketika seribu tahun akan datang. Fikir-fikirlah.....
(Sila baca komen Chedet disini http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/the-teaching-of-maths-and-scie.html)
The King, his family and U
1 week ago
[] http://www.facebook.com/photo.php?fbid=267252156629215&l=0f726976e8
ReplyDelete.
Selamat Hari Raya Puasa,
kepada,
Ketua UMNO Desa Nirwana,
Kg. Desa Nirwana,
Jalan Air Bukit,
68000 Ampang,
Selangor.
.
Daripada,
UMNO Cawangan,
Pangsapuri Taman Ampang Mewah (Blok C).
[] http://umnobunian.blogspot.com/2011/09/welcome.html