Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!Daulat Tuanku!
7 Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1.Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu
(sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4.Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5.Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Ulasan : Bangkitlah orang-orang Melayu ! Bersatu dan terus bersatu demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
The King, his family and U
1 week ago
[] http://www.facebook.com/photo.php?fbid=267252156629215&l=0f726976e8
ReplyDelete. Selamat Hari Raya Puasa,
kepada,
Ketua UMNO Desa Nirwana,
Kg. Desa Nirwana,
Jalan Air Bukit,
68000 Ampang,
Selangor.
.
Daripada,
UMNO Cawangan,
Pangsapuri Taman Ampang Mewah (Blok C).
[] http://umnobunian.blogspot.com/2011/09/welcome.html