Thursday, June 25, 2009
TOMORROW: 26 June 2009 >> JUDGEMENT DAY
In other activities, more than 20 UMNO members from Tmn. Cahaya will be joining their counterparts tomorrow at Janda Baik Resort, Pahang. The objective of the programme is to burn their fats and public speaking.
U - UNITED!
DIMANA KEKUATAN UMNO PANDAN
Di kerisnyakah? Di logonyakah? Atau di benderanyakah? Atau pada LAGUnya yang membakar
semangat perjuangan?
DIMANA???
ADAPUN KEKUATAN UMNO PANDAN TERLETAK PADA HURUF "U" - "UNITED" ATAU BERSATU!
CUBA...DIBUANG HURUF U DAN DIGANTI DENGAN HURUF LAIN......APA JADINYA?
Moral: Bersatulah wahai warga UMNO Pandan, rapatkan barisan dan kukuhkan perpaduan.
Saturday, June 20, 2009
UMNO PANDAN DIVISIONAL CHIEF SUSPENDED
SHAH ALAM: Pandan Umno division chief Abd Ghani Ismail, who was charged with 10 counts of corruption amounting to RM210,000, has been suspended from the party.
Selangor Umno liaison committee deputy chairman Datuk Noh Omar said the party’s supreme council has issued a letter of suspension to Abd Ghani and that he would be suspended until the court decided on his case.
“He can regain his position if he is cleared of the charges,” he told reporters after chairing the Selangor Umno management meeting here on Monday night.
Noh said that Pandan Umno deputy chief Mej (Rtd) Izeham A. Hamid has been appointed as acting chief to look after the division for the time being.
On May 26, Abd Ghani claimed trial at a Sessions Court in Kuala Lumpur to obtaining bribes from the owner of a solid waste management company in return for securing contracts from the Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ).
At that time, he was the division’s Youth chief and a member of MPAJ’s tender committee.
He was also separately charged with bribery by getting a company, in which he had a indirect interest, to be appointed as a sub-contractor to another company which had been awarded a contract by MPAJ to manage solid waste in Bandar Pandan Jaya.
On another matter, Noh announced that eight Petaling Jaya Selatan division committee members and branch chiefs, who left Umno at the end of last year with their division chief Kapt (Rtd) Datuk Zahar Hashim, have returned to Umno.
He said they were among 28 branch leaders and 13 committee members who had quit the party with Zahar to join PAS.
“The party will always welcome them and we hope their return is sincere,” he said, adding that it would help to strengthen Umno.
Noh said all the eight were still members of Umno as the party supreme council had not issued them termination letters.
Wednesday, June 3, 2009
PEMUDA UMNO PERTAHAN MINGGUAN MALAYSIA
Dipetik dari Laman Web PEmuda UMNO Malaysia
Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO hari ini kecewa dan kesal dengan desakan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan selari dengan Akta Hasutan ke atas penulis artikel 'Melayu dikhianati?' di Mingguan Malaysia baru-baru ini.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican berkata niat dan premis perbahasan artikel tersebut mestilah difahami secara menyeluruh dan tidak melihatnya secara terpisah.
Menurut beliau pihaknya tidak melihat sebarang kesalahan, waima niat yang menyinggung sama sekali dengan memberikan dua rujukan bahan teras sejarah dalam menggambarkan keperluan hubungan antara kaum dipelihara dalam konteks hari ini.
“Kenyataan dua tokoh besar, Tun Tan Siew Sin dan bekas pemimpin MIC sendiri, Tun V.T. Sambanthan diangkat oleh Mingguan Malaysia sebagai 'sumber rujukan sejarah' yang tulen dan asli. Apakah wajar 'merujuk kepada sejarah' dianggap sebagai amalan yang berunsur 'hasutan' dan berniat jahat?
”Sebagai pemimpin veteran yang lama dan amat 'terkait' dengan sejarah hubungan antara kaum di Malaysia; kita percaya Dato' Seri Samy Vellu sewajarnya dapat memahami niat artikel tersebut dengan lebih 'berhikmah'”, katanya.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu hari ini menggesa supaya penulis artikel yang didakwa berunsur perkauman yang disiarkan dalam Utusan Malaysia didakwa di bawah Akta Hasutan.
Beliau mengutuk penulis tersebut kerana secara tidak langsung telah merujuk kepada kaum India dan Cina di Malaysia sebagai "kaum pendatang".
Tegas Reezal lagi, reaksi keterlaluan pihak-pihak tertentu, termasuk menganggap kenyataan tersebut berunsur rasis bagaikan mahu menidakkan sentimen kekecewaan orang Melayu yang terus didesak dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
“Utusan Malaysia mempunyai hak dan tanggungjawab moral untuk mengemukakan pandangan masyarakat Melayu di peringkat akar umbi.
“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin mempertahan pandangan bahawa artikel tersebut tidak mempunyai niat dan motif yang tidak baik”, katanya.
KETUA UMNO PANDAN DIDAKWA RASUAH??
KUALA LUMPUR 26 Mei - Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd. Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan tuduhan menerima rasuah berjumlah RM210,012 membabitkan tender perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan kerja pembersihan kepada sebuah syarikat.
Abd. Ghani, 43, turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi tuduhan rasuah berhubung pelantikan syarikat yang dia mempunyai kepentingan sebagai subkontraktor dalam kerja-kerja pelupusan sisa pepejal.
Pengakuan tersebut dibuat selepas kesemua 10 pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.
Bagi sembilan tuduhan pertama, dia didakwa menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob sebagi balasan menolong pemilik syarikat pelupusan sisa pepejal itu mendapatkan tender-tender perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta kerja-kerja pembersihan di Pandan Cahaya.
Dia didakwa menerima rasuah berkenaan antara Ogos 2006 dan Mac 2007 di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B. Desa Pandan dan di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini.
Abd. Ghani ketika itu merupakan anggota Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ.
Dia turut didakwa memperoleh suapan berupa pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. sebagai balasan untuk mendapatkan tender kerja-kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Pandan Indah bagi Dwisakti.
Mengikut pertuduhan, Abd. Ghani sebenarnya mempunyai kepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya di sini pada 1 Mei 2006.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana satu yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Siew Wee mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM25,000 bagi kesemua pertuduhan.
Bagaimanapun Abd. Ghani memohon jumlah tersebut dikurangkan memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menanggung isteri bersama tiga anak serta lapan orang adiknya.
Rosbiahanin selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan tertuduh menetapkan ikat jamin sebanyak RM23,000 dengan seorang penjamin.
Kes akan disebut semula pada 26 Jun ini bagi memberi peluang kepada tertuduh untuk melantik peguam bela.
{Artikel dipetik dari Utusan Online bertarikh 27 May 2009)
Saya menyeru agar ahli-ahli UMNO Pandan bersatu dan mendoakan agar Saudara Ghani tabah menghadapi dugaan ini. Pepatah inggeris ada berkata, "innocent until provent guilty".